Friday, December 4, 2009
Wasiat-wasiat jitu Dari Ibu Yang Bijak
Sudah berapa banyak kami lihat
orang yang dirundung kesusahan
sesudah itu datanglahkegembiraan yang mengiringinya
Ada sebuah wasiat yang paling bahagia di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab,iaitu wasiat Umamah binti Al-Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya berkata :
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya, maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.
Nasihat yang pertama dan kedua :
Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertakan ketaatan.
Nasihat yang ketiga dan keempat :
Sentiasalah engkau memerhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk, dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
Nasihat yang kelima dan keenam :
Sentiasalah engkau memperhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
Nasihat yang ketujuh dan kelapan :
Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun hal terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturkan dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh :
Janganlah sekali-sekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya, dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya bila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.
Ciplak daripada
JANGAN BERSEDIH
JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA
DR.'AIDH BIN ' ABDULLAH AL-QARNI
Labels: Renungan